Thursday, August 9, 2012

Keunikan Kucing yang Jarang Diketahui


Keunikan Kucing yang Jarang Diketahui

 
1. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya. 

2. Kucing tidur paling lama diantara binatang lain, kira-kira 16 jam.



3. Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya dilahirkan tuli@pekak, walaupun begitu inderanya  yang lain berkembang sebagai gantinya. 

4. Dalam kerajaan binatang, IQ kucing hanya boleh dilalui oleh monyet dan simpanse ternyata kucing anggora atau kucing parsi sangat pandai. 


5. Kucing mungkin selamat jika terjatuh dari tingkat 20 daripada tingkat 7 Alasannya kerana kucing memerlukan waktu setara dengan 8 tingkat untuk menyedari apa yang terjadi, tenang dan membetulkan kedudukannya. 


6. Sama dengan frekuensi mesin diesel yang tidak bekerja, kucing bergumam 26 pusingan / saat 


7. Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara bahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai penuntun alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak dapat melihat. 


8. Semua kucing berjalan dengan menjinjit, termasuk kucing anggora atau kucing persia. 


9. Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang.Namun pada beberapa kucing dapat dilahirkan dengan jari banyak sampai 7 jari,bahkan dengan tulang tambahan. 


10.Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia. 


11. Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap. 


12.Tahukah anda, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu species, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 species. Namun kerana ukuran terbilangnya kecil, maka tidak berbahaya bagi manusia.Namun sangat berbahaya apabila kucing ini dijangkiti rabies @ penyakit anjing gila. 


13. Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3,500 tahun yang lalu.Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan lain dari hasil tuaian mereka. Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yang termasuk galur murni,kucing ras atau kucing yang tidak dikacukan dengan kucing lain. Selebihnya, adalah kucing hasil pencampuran dari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu, kucing ras termasuk kucing yang paling anda cari dan mahal harganya. 


14. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata "Meong". 
Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan "Meow". Di Britain sendiri, suara kucing ditulis "Miaow". 



15. Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2.5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih, si pussy boleh mencapai berat badan 23 kg. Kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran urban moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
 
16. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilat bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat mencetuskan alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut atau bulu yang terkumpul di dalam perutnya. Sementara itu kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur melebihi haiwan lain.Lama tidur kucing berbeza di antara 12 - 16 jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari. 



17. Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Ramai ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat di Eropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes tersebut. 
18. Jenis yang paling kecil adalah kucing berbulu bintik-bintik yang ditemukan di Sri Lanka. Ukurannya setengah ukuran kucing kampung. Sedangkan kucing yang terbesar adalah seekor harimau. Harimau jantan Siberia atau harimau Amur mempunyai panjang badan keseluruhan lebih dari 3m (10 ft) dan berat badan hingga 300kg (660 lb). 


19. Meong! 
Kucing kampung mendengkur setiap 26 kali per detik, sama dengan frekuansi mesin disel dalam keadaan berjalan. Kucing kampung dapat mendengar frekuansi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hanya 20 kHz. Kemampuan indera hidu kucing 14 kali lebih kuat daripada  manusia. 


20. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing pendarfluor di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing dapat melihat didalam kegelapan. 

21. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya, sedangkan pada saat berlari menggunakan kedua kaki kanannya. Satu-satunya binatang yang melakukan hal ini adalah zirafah dan unta. 



22. Kucing-yang jarang berlaku 
Memang jenis kucing kampung adalah yang paling banyak, tetapi ada juga jenis kucing yang sangat jarang berlaku, bahkan terancam kepupusan di muka bumi. Hanya terdapat sekitar 250 ekor kucing mirip musang di Malabar, Asia yang berjuang dari kepunahan. Kucing Iriomote, ditemui di kepulauan Jepun Iriomotejima, dengan jumlah kurang dari 100 ekor. 


23. Ternyata kucing itu bermimpi , kalau kentut baunya sangat busuk, boleh bunyi pula, sangat suka memakan serangga seperti lipas, tapi susudah  itu dimuntahkan semula, boleh diajar buang air di bilik 
air, jika dari kecil kita bergurau dengannya hingga besarnya akan jadi hiperaktif, kalau tidak suka dicakar, jangan bergurau pakai tangan, sampai dia besar,tangan anda takkan selamat dari cakarannya, kucing manja sangat suka pada selimut, kucing besar bukan semuanaya berani.

Tuesday, August 7, 2012

Hang Tuah: Lambang Kepahlawanan Melayu !!


Kalau tradisi masyarakat England, nama Robin Hood, King Arthur ialah legenda yang kekal mekar sebagai penaik semangat nasionalisme mereka. Kisah kebaikkan Robin Hood dan kehebatan King Arthur memimpin bersama ahli sihirnya iaitu Merlin begitu disemadikan oleh masyarakat England khususnya. 

Bangsa cina juga tidak kurangnya dengan kisah seorang pemerintah yang baik hati dari zaman Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei pengasas kerajaan Shu. Begitu juga dengan kisah seorang jeneral perang yang sangat hebat iaitu Lu Bu yang dikatakan mampu membunuh 10 000 tentera dalam sehari. Kisah yang paling terkenal mengenai Lu Bu ialah ketika bertempur dengan tiga panglima perang serentak dalam satu masa iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei di Battle Of Hu Lao Gate. 

 Setiap bangsa mempunyai hero mereka sendiri. Bangsa Melayu tidak ketinggalan. Nama Hang Tuah pasti masyur dalam setiap dada anak melayu pada hari ini. Namun, tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah. Ya, tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah. 

Kebijaksanaan Hang Tuah

Percayakah kalau saya bila kebijaksanaan juga menyumbang kepada kepahlawanan seorang tokoh itu. Sebagai contoh, kita semua pasti akan mengenang Khalid Al-Walid, panglima Islam yang telah berjaya menewaskan Rom dalam Peperangan Yarmuk. Beliau telah menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam merencanakan strategi. 

Kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam memimpin tentera Islam menawan Konstantinople daripada Rom Timur masih dikenang sehingga hari ini. Tindakan baginda dalam membawa kapal merentas daratan dalam tempoh waktu yang singkat masih dikenang sebagai salah satu daripada strategi peperangan terhebat dalam sejarah. 

Hang Tuah, pahlawan Melayu kita ini sebenarnya orang yang sangat bijak. Jadi, saya sebuah cerita yang mahu dikongsikan dengan kalian mengenai Hang Tuah. 

Diceritakan bahawa ketika Hang Tuah berangkat ke China untuk urusan diplomasi dengan Maharaja China, terdapat sebuah kisah menarik berlaku. Ketika Hang Tuah berjumpa dengan Maharaja China, Hang Tuah sebagai seorang rakyat biasa tidak dibenarkan untuk melihat wajah Maharaja China. 

Namun perasaan ingin tahu meluap-luap dalam diri Hang Tuah. Maka, Hang Tuah telah minta agar seseorang masakkan beliau satu sup kangkung yang tidak dipotong. Maka apabila Hang Tuah memakannya di hadapan Maharaja China, Hang Tuah terpaksa mendongakkan kepalanya untuk membolehkan kangkung itu masuk ke dalam mulutnya. Dalam masa yang sama, Hang Tuah berjaya melihat wajah Maharaja China. Hebat bukan bagaimana Hang Tuah memperbodohkan Maharaja China?

Tidak cukup dengan itu, tahukah kalian bahawa Hang Tuah mengetahui lebih kurang 12 jenis bahasa? Antaranya ialah Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Tamil serta Bahasa Jepun. Bukan senang untuk mempelajari banyak bahasa. Saya yang sedang mempelajari bahasa jepun di universiti ini pun sudah geleng kepala. 

 Antara kisah kebijaksanaan Hang Tuah yang saya rasa diketahui oleh orang Melayu ialah kisah pertempuran Hang Tuah dan Taming Sari serta sahabatnya Hang Jebat. Keris Taming sari merupakan satu keris sakti.

Hal ini disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

Maka Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik gulingan pantas-p) rupanya. Maka oleh Laksamana dipertubi2nya tikam, tiada juga kena. Maka pada penglihatan Laksamana segala tuboh Hang Jebat itu habis diselimuti oleh kerisnya."  

Akhirnya menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menang akibat kesakitan keris Taming Sari, maka Hang Tuah telah menggunakan tipu daya untuk mengalahkan Hang Jebat. Perkara yang sama berlaku ketika Hang Tuah bertempur dengan Taming Sari. 

Kepahlawanan Hang Tuah

"Demi didengar oleh orang empat itu(orang mengamok) kata Hang Tuah demikian ia pun terlalu amarah,serta diusirnya akan Hang Tuah dan Hang Jebat,ditikamnya berturut-turut. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat kekiri dan kekanan menyalahkan tikaman orang itu. Setelah lalu, di tikamnya seorang, itu pun rebah lalu mati. Maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka yang dua orang itu pun bertikam dengan Hang tuah. Maka keduanya mati di tikam oleh Hang tuah."  -Hikayat Hang Tuah. 

Di atas ialah kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Datuk Bendahara Bentan. Daripada kisah inilah, Hang Tuah mula diangkat menjadi hulubalang di istana seterusnya menjadi laksamana. Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kisah Hang Tuah, apa kata kita belajar dulu kisha perguruan Hang Tuah. 

Rekod sejarah mengatakan bahawa Hang Tuah  bersama empat orang kawannya – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Di sana, kisah 'cinta sepanjang zaman' berlaku di mana Hang Tuah jatuh cinta kepada pembantu Adiputra, iaitu Melor yang merupakan anak orang asli yang tinggal di kaki gunung Ledang. Dikatakan juga bahawa Hang Tuah berguru dengan Sang Persanta Nala. 

Balik sahaja ke Melaka inilah berlakunya kisah orang mengamuk sehingga membuatkan Hang Tuah terpaksa bertempur dan dilantik menjadi hulubalang seterusnya laksamana. Daripada sini, bermulalah kisah Hang Tuah mengembara ke beberapa buah negara untuk menjalankan misi diplomasi kerajaan Melaka. 

Ketika berada di India, Hang Tuah telah dijemput oleh raja India untuk bertempur dengan pendekar terhebat kerajaanya. Namun pendekar india itu memandang rendah terhadap Hang Tuah lalu memperlecehkan panglima melayu itu. Peristiwa ini masih tersemat dalam Hikayat Hang Tuah: 

"Hai pendekar, engkau hendak kusuruhkan bertuju. Maka sembah pendekar itu,`Daulat tuanku,berapa puluh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patik?Jika seorang dua, bukan lawan patik!"

"Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka dilihat oleh Laksamana pendekar itu hadir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orangnya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedangnya, lalu melompat serta dikirapnya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang(tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka diparang (paras-pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya.Maka Nala Sang Guna(Perdana Menteri Bijaya Nagaram)pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong."

Hang Tuah telah memenangi pertempuran itu. Itu baru sedikit kisah kepahlawanan Hang Tuah. Mari ikuti kisah lain yang melibatkan panglima Melayu ini. Kisah Hang Tuah VS Samurai Jepun. Dikatakan ketika Hang Tuah berada di Siam, terdapat seorang samurai Jepun yang singgah di Siam dan mahu bertempur dengan Hang Tuah. 

Seperti biasa, Hang Tuah diperlekehkan. Dengan menggunakan pedang melayu, maka Hang Tuah pun bertempurlah dengan samurai Jepun yang sangat masyur namanya. Pertarungan sangat sengit dengan kedua-dua belah pihak saling berbalas tikaman namun ilmu silat Melayu yang dimiliki oleh Hang Tuah terlalu tinggi membuatkan Samurai Jepun itu tewas. 

Hang Tuah Itu Melayu

Kisah kehebatan pahlawan orang Melayu ini yang menewaskan Samurai Jepun dan Pendekar India membuatkan ada golongan kiasu (bukan semua rakan cina kita, tetapi golongan yang ekstremis) ini cuba menukar sejarah. Dikatakan bahawa Hang Tuah itu cina berdasarkan hujah paling BANGANG dalam abad ini. Maaf atas bahasa yang kasar namun itu ialah realitinya. 

Kononnya Hang Tuah itu dari cina namun dipanggil dalam pelat Melayu sebagai Hang Too Ah, Hang Jebat itu Hang Ji Fat dan seterusnya. Bagi mereka yang tidak mempelajari sejarah Hang Tuah, bolehlah ditipunya. Tapi tidak saya. 

Hang Tuah ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Jebat pula anak kepada Hang Dollah dan ibunya ialah Dang Bawa. Hang Kasturi pula anak kepada Hang Mesmut dan ibunya Dang Sekanda. Hang Lekir anak kepada Hang Mansur manakala ibunya ialah Dang Hebah. Hang Lekiu pula  anak Hang Shamsu serta ibunya bernama Dang Seri. 

Kalaulah benar teori bahawa Hang Tuah dan rakan2 ini datang daripada China, siapa pula ibu dan bapa kepada lima pahlawan Melayu ini? Nama-nama lima sahabat ini pun mempunyai makna dalam bahasa Melayu. 

TunMahathir dan Siti Hasmah

KISAH PENGORBANAN SEORANG ISTERI BERNAMA SITI HASMAH DAN KEBERANIAN PEMIMPIN BERNAMA MAHATHIR MOHAMAD




  • Ketika itu PERANG TELUK 1990 - 1991. Tun Dr Mahathir tetap ingin menghantar bantuan ke IRAQ walaupun AMERIKA SYARIKAT TIDAK membenarkan mana-mana negara berbuat demikian.
  •  Tun Dr Mahathir menghantar isterinya di dalam pesawat bantuan itu dan Tun Dr Siti Hasmah akur dan percaya kepada ketentuan Ilahi.
  •  Setelah berlegar beberapa lama di udara dan HAMPIR KEHABISAN MINYAK KRITIKAL ketika itu, Tun Dr Mahathir menelefon George Bush (Ayah J.W.W Bush) Presiden AS ketika itu yang memberitahunya "My Wife Inside the flight" .
  •  Terus Presiden AS itu memberi keizinan pesawat itu mendarat dan bantuan terus diagihkan. Alhamdulillah! Itulah pengorbanan mereka.
  •  Tak perlu kecoh satu dunia, tetapi, orang tahu.
  •  Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. 
  • Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini.


Wednesday, February 2, 2011

Mencari Sinar Kebenaran...

saya slalu tgkap gambar mcm ni..xtaw kenapa..(^_*)
[Orientasi di Kolej17 UPM]
court basket yg dilimpahi cahaya.....
Hari pertama pegi mendaftarkan diri di kolej 17 upm....rase sdikit ganjil,mungkin da lama kot bercuti...dua bulan kot.....Ya Allah beri kan la aq kekuatan mengharungi 5 tahun sebagai pelajar doctor of veterinary medicine.....




blok D adalah satu2 nye blok laki..ksian bdak lelaki...
Selepas mndaftar,aq diberi kunci...tertera perkataan D-1-1-1 kat key chain yg berwarna biru...wah!! no yg cantik...tetiba kakak aq mencelah..."Wah!! bgus gak dpt tingkat 1"......,aq pun malas nak naik tron tngge..dalam aq berjalan mencari rumah n bilik aq...aq tgok kadaan sekeliling..hmm.. kolej ni masih baru...lagi baru dari kolej kediaman Dr Nazrin Shah yg aq dduk mase kat pasum dlu..


lpas da jmpe D-1-1...aq msuk n tgok dlam umah tu ade 4 bilik sumernye n ade 3 bilik air dlam tu..mase tu gak aq nmpak sorg budak da de sbelah bilik aq..blik dye D-1-1-2.....rmbut pacak2, pkai baju stylo gak mamat nih...tali pinggag kaler putih....hehehe *name dye akmal...akmal jgn marah ea kalo ko bace..
aq pun meletakkan bagasi aq yg berat meggila ke dalam bilik aq..

tempat menelaah pelajaran..bilik D-1-1-1

lpas menyusun baju2 n buku2...eh buku espym n kat pasum pun aq bwak ke? sudah kompem lagi pasti...da tentu aq x kan sentuh buku tersebut....hahahaha (ketawa jahat) ....................kmas punye kemas.....then abah n mak aq kate nak balik,so aq akan tinggal sorg je la kat lpas ni.....tetiba rase sedih...cet sblom ni aq dok asrama kat skola teknik lg la jao...ni stakat serdang ngan klang,tiap2 minggu aq bley blik............
.hahahaha(aq ketawa jahat lagi) lpas da berbye2 ngan mak n abh aq blik ke blik...kelihatan pintu bilik ku sudah terbuka, bile mase plak aq x ttup pintu ni..adyai....lorh..rupe2nye rumate aq da sampe...aq tgok dye da terduduk kat atas kati mcm org putus cinta...hahaha....lpas bersalam n berdialog secara skema nme dye izdihar..pnggilan izy...pelik bebenor rmbut rumate aq ni..hehehe *mase tu dye kurus lg...

kitorg pun berbual rancak...then tut2 ketukan dari pintu mengganggu perbualan kitorg..." Assalamulaikum name saya rasul" aq ngan blur2 jwab waalaikumsalam...pergh!!! skali tgok muke bdak ni baek gle...muke suci ....then bdak ni a.k.a rasul ngan peramah nyer lagi merancakkan perbualan kitorg


lpas abis mengemas @berborak beruk...aq pun pegi la kat ruang tamu....aq tgok de 3-4 org bdak bkal housemate aq dduk kat atas kerusi..dgn senyuman kambing lagi menawan...dgn gaya professional aq menyalam n berkenalan...kat situ de majdi,arep, akmal...then tetiba pintu rumah terbukak...kat situ aq nmpak alip buat kali pertama,budak berspek dan penuh matlamat..spantas kilat dia menyalam semua tgn kitorg,,pergerakn dia sgt laju..then dye terus masuk bilik tnpa berbual ngan kitorg....kami semua terdiam!!

xtivity orientasi mcm biase...mlas aq nak tulis kat sini

bermula la.....hari2 aq sbgai plajar tahun 1 jurusan Doktor Perubatan Veterinar....

p/s asri @ saru blom masuk lg mase tu...sori asri xde citer ko..
p/s lpas ni bwu bley citer pasal kat fakulti n mase practical la...hoooray!!!



_________________________________________________________________________________