Kalau tradisi masyarakat England, nama Robin Hood, King Arthur ialah legenda yang kekal mekar sebagai penaik semangat nasionalisme mereka. Kisah kebaikkan Robin Hood dan kehebatan King Arthur memimpin bersama ahli sihirnya iaitu Merlin begitu disemadikan oleh masyarakat England khususnya.
Bangsa cina juga tidak kurangnya dengan kisah seorang pemerintah yang baik hati dari zaman Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei pengasas kerajaan Shu. Begitu juga dengan kisah seorang jeneral perang yang sangat hebat iaitu Lu Bu yang dikatakan mampu membunuh 10 000 tentera dalam sehari. Kisah yang paling terkenal mengenai Lu Bu ialah ketika bertempur dengan tiga panglima perang serentak dalam satu masa iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei di Battle Of Hu Lao Gate.
Kebijaksanaan Hang Tuah
Percayakah kalau saya bila kebijaksanaan juga menyumbang kepada kepahlawanan seorang tokoh itu. Sebagai contoh, kita semua pasti akan mengenang Khalid Al-Walid, panglima Islam yang telah berjaya menewaskan Rom dalam Peperangan Yarmuk. Beliau telah menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam merencanakan strategi.
Kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam memimpin tentera Islam menawan Konstantinople daripada Rom Timur masih dikenang sehingga hari ini. Tindakan baginda dalam membawa kapal merentas daratan dalam tempoh waktu yang singkat masih dikenang sebagai salah satu daripada strategi peperangan terhebat dalam sejarah.
Hang Tuah, pahlawan Melayu kita ini sebenarnya orang yang sangat bijak. Jadi, saya sebuah cerita yang mahu dikongsikan dengan kalian mengenai Hang Tuah.
Diceritakan bahawa ketika Hang Tuah berangkat ke China untuk urusan diplomasi dengan Maharaja China, terdapat sebuah kisah menarik berlaku. Ketika Hang Tuah berjumpa dengan Maharaja China, Hang Tuah sebagai seorang rakyat biasa tidak dibenarkan untuk melihat wajah Maharaja China.
Namun perasaan ingin tahu meluap-luap dalam diri Hang Tuah. Maka, Hang Tuah telah minta agar seseorang masakkan beliau satu sup kangkung yang tidak dipotong. Maka apabila Hang Tuah memakannya di hadapan Maharaja China, Hang Tuah terpaksa mendongakkan kepalanya untuk membolehkan kangkung itu masuk ke dalam mulutnya. Dalam masa yang sama, Hang Tuah berjaya melihat wajah Maharaja China. Hebat bukan bagaimana Hang Tuah memperbodohkan Maharaja China?
Tidak cukup dengan itu, tahukah kalian bahawa Hang Tuah mengetahui lebih kurang 12 jenis bahasa? Antaranya ialah Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Tamil serta Bahasa Jepun. Bukan senang untuk mempelajari banyak bahasa. Saya yang sedang mempelajari bahasa jepun di universiti ini pun sudah geleng kepala.
Hal ini disebut dalam Hikayat Hang Tuah:
Maka Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik gulingan pantas-p) rupanya. Maka oleh Laksamana dipertubi2nya tikam, tiada juga kena. Maka pada penglihatan Laksamana segala tuboh Hang Jebat itu habis diselimuti oleh kerisnya."
Akhirnya menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menang akibat kesakitan keris Taming Sari, maka Hang Tuah telah menggunakan tipu daya untuk mengalahkan Hang Jebat. Perkara yang sama berlaku ketika Hang Tuah bertempur dengan Taming Sari.
Kepahlawanan Hang Tuah
"Demi didengar oleh orang empat itu(orang mengamok) kata Hang Tuah demikian ia pun terlalu amarah,serta diusirnya akan Hang Tuah dan Hang Jebat,ditikamnya berturut-turut. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat kekiri dan kekanan menyalahkan tikaman orang itu. Setelah lalu, di tikamnya seorang, itu pun rebah lalu mati. Maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka yang dua orang itu pun bertikam dengan Hang tuah. Maka keduanya mati di tikam oleh Hang tuah." -Hikayat Hang Tuah.
Di atas ialah kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Datuk Bendahara Bentan. Daripada kisah inilah, Hang Tuah mula diangkat menjadi hulubalang di istana seterusnya menjadi laksamana. Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kisah Hang Tuah, apa kata kita belajar dulu kisha perguruan Hang Tuah.
Rekod sejarah mengatakan bahawa Hang Tuah bersama empat orang kawannya – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Di sana, kisah 'cinta sepanjang zaman' berlaku di mana Hang Tuah jatuh cinta kepada pembantu Adiputra, iaitu Melor yang merupakan anak orang asli yang tinggal di kaki gunung Ledang. Dikatakan juga bahawa Hang Tuah berguru dengan Sang Persanta Nala.
Balik sahaja ke Melaka inilah berlakunya kisah orang mengamuk sehingga membuatkan Hang Tuah terpaksa bertempur dan dilantik menjadi hulubalang seterusnya laksamana. Daripada sini, bermulalah kisah Hang Tuah mengembara ke beberapa buah negara untuk menjalankan misi diplomasi kerajaan Melaka.
Ketika berada di India, Hang Tuah telah dijemput oleh raja India untuk bertempur dengan pendekar terhebat kerajaanya. Namun pendekar india itu memandang rendah terhadap Hang Tuah lalu memperlecehkan panglima melayu itu. Peristiwa ini masih tersemat dalam Hikayat Hang Tuah:
"Hai pendekar, engkau hendak kusuruhkan bertuju. Maka sembah pendekar itu,`Daulat tuanku,berapa puluh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patik?Jika seorang dua, bukan lawan patik!"
"Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka dilihat oleh Laksamana pendekar itu hadir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orangnya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedangnya, lalu melompat serta dikirapnya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang(tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka diparang (paras-pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya.Maka Nala Sang Guna(Perdana Menteri Bijaya Nagaram)pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong."
Seperti biasa, Hang Tuah diperlekehkan. Dengan menggunakan pedang melayu, maka Hang Tuah pun bertempurlah dengan samurai Jepun yang sangat masyur namanya. Pertarungan sangat sengit dengan kedua-dua belah pihak saling berbalas tikaman namun ilmu silat Melayu yang dimiliki oleh Hang Tuah terlalu tinggi membuatkan Samurai Jepun itu tewas.
Hang Tuah Itu Melayu
Kisah kehebatan pahlawan orang Melayu ini yang menewaskan Samurai Jepun dan Pendekar India membuatkan ada golongan kiasu (bukan semua rakan cina kita, tetapi golongan yang ekstremis) ini cuba menukar sejarah. Dikatakan bahawa Hang Tuah itu cina berdasarkan hujah paling BANGANG dalam abad ini. Maaf atas bahasa yang kasar namun itu ialah realitinya.
Kononnya Hang Tuah itu dari cina namun dipanggil dalam pelat Melayu sebagai Hang Too Ah, Hang Jebat itu Hang Ji Fat dan seterusnya. Bagi mereka yang tidak mempelajari sejarah Hang Tuah, bolehlah ditipunya. Tapi tidak saya.
Hang Tuah ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Hang Jebat pula anak kepada Hang Dollah dan ibunya ialah Dang Bawa. Hang Kasturi pula anak kepada Hang Mesmut dan ibunya Dang Sekanda. Hang Lekir anak kepada Hang Mansur manakala ibunya ialah Dang Hebah. Hang Lekiu pula anak Hang Shamsu serta ibunya bernama Dang Seri.
Kalaulah benar teori bahawa Hang Tuah dan rakan2 ini datang daripada China, siapa pula ibu dan bapa kepada lima pahlawan Melayu ini? Nama-nama lima sahabat ini pun mempunyai makna dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment